Sunday, December 19, 2010

Simpang 3

Ada apa dalam fikiran ku?
Masa Silam, Masa Kini, dan Masa Depan.

Apabila difikirkan masa silam, keputusan-keputusan yang telah aku buat, memang tidak boleh disesali. Namun perasaan "Jikalau" itu tetap ada. 5 tahun lalu, aku dipersembahkan dengan 2 pilihan, Sukan atau Akademik.

Bukan semua orang boleh dapat peluang sebegini. Aku bertuah kerana pada masa itu, masa depanku tampak cerah, aku boleh pilih untuk melangkah jauh dalam arena sukan ataupun mendapatkan Ijazah dari universiti. Aku pilih kedua-duanya.

Pada ketika itu, aku rasa aku boleh melakukannya, iaitu menjadi seorang 'Student-athlete'. Dalam fikiranku, memilih untuk melakukan kedua-duanya sekali bukanlah sesuatu yang susah. Dari zaman sekolah lagi aku telah lalui situasi sebegini. Bagaimanapun, ternyata, jangkaan aku meleset sama sekali. Zaman sekolah dengan Zaman Universiti sangat berbeza. Begitu juga dengan menjadi atlit negeri dengan menjadi atlit negara.

'Student-Athlete'. Nampak di situ, Pelajar dahulu Atlit kemudian. Walaupun Athlete bermula dari A, tetapi hingga takat ini, belum lagi aku nampak orang menggunakan istilah 'Athlete-Student'. Sebagai seorang pelajar, memang kita patut mendahulukan pelajaran daripada hal-hal yang lain. Itulah yang telah aku lakukan sejak dulu. Masa sekolah dulu, aku lebih banyak menghabiskan masa di gelanggang pertandingan berkhidmat untuk negeri yang tercinta. Meskipun begitu, apabila tibanya masa peperiksaan, segala pertandingan akan diabaikan.

Tidak sama apabila berada di menara gading, aku tidak mampu untuk meninggalkan kuliah untuk pergi ke latihan dan pertandingan. 1 semester panjangnya cuma 4 bulan, sekiranya aku ada pertandingan besar, aku akan memerlukan 2 bulan untuk memperbaiki permainan aku untuk menghadapi pertandingan itu. Maka besar kemungkinan juga dalam masa 2 bulan itu, aku tidak akan dapat menghadirkan diri ke kelas. Di situ, aku akan ketinggalan dalam pembelajaran, dan efeknya akan terpampang dalam slip keputusan di akhir semester nanti.

Begitu juga dengan tanggungjawab sebagai atlit negara, tidak sama dengan menjadi atlit negeri. Jurulatih negara akan menekankan bahawa latihan tidak boleh ditinggalkan 'at all cost'. Maruah negara akan dipertaruhkan ketika berada di pertandingan luar, begitu juga dengan duit rakyat. Aku pernah diberi amaran beberapa kali kerana tidak hadir ke latihan.Ya lah, orang lain datang latihan 5 kali seminggu, tapi nak nampak muka aku 3 kali seminggu pun susah.

Gombak ke Sunway adalah dalam 45km. Kalau tidak ada kesesakan lalu lintas dan aku bergerak selaju 120km/j sepanjang perjalanan, aku boleh sampai dalam 30-40 minit. Tapi kelas aku habis pukul 5pm, latihan bermula pukul 5pm juga. Nak tak nak, pilihan perlu dibuat.


...lain kali lah sambung.. malas pula nak tulis panjang-panjang.. hahaha!

3 comments:

  1. skg baru aku faham kisah hidup ko zaem. xpe, pengalaman mengajar erti kehidupan ;)

    ReplyDelete
  2. alamak.. ada anonymous lah >.<

    ReplyDelete
  3. sy blm baca.. psl pnjang sgt. sy cuma baca last line je.

    Bile nk smbung eh? ;p

    ReplyDelete