Wednesday, December 15, 2010

Christmas is Coming

I will try to write in Bahasa Malaysia in this entry. why? Because i'm a GANGSTA! haha

hello pembaca-pembaca semua. Apa khabar kalian? diharap kalian sihat-walafiat sepanjang waktu.

Setelah genap 2 bulan saya berada di bumi Singapura ini, secara jujurnya, tidak banyak pengalaman baru yang telah saya tempuhi. Hanyalah terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan di tempat baru. Keadaan sebegitu bukanlah asing bagi diri saya.

Namun, apa yang saya dapati selama saya berada di sini ialah memang saya tidak sesuai menjadi seorang graduan Sains Komputer. Bukan tidak layak, cuma tidak sesuai. Minat saya terhadap bidang ini hanya terbatas kepada mengagumi(mengkagumi?) teknologi gajet-gajet terbaru. Selok-belok tentang bagaimana cara pembikinan sebuah perisian komputer semua bukanlah termaktub dalam minat saya.

Memang pada mulanya saya berminat dengan cara-cara menggodam komputer, mencipta perisian komputer, mahupun menjadi pakar dalam sekuriti pengkomputeran. Akan tetapi, semua benda di atas memerlukan dedikasi untuk dipelajari. Dedikasi itulah yang saya tidak ada. Seperti untuk mahir dalam matematik, kita perlu berlatih dengan latih tubi dan sebagainya. Saya tidak pernah rajin dalam hal-hal berlatih ini. Mungkin itulah sebabnya saya tidak pernah mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan akhir. Bukan mungkin, tapi memang itulah sebabnya. haha Saya hanya mampu skor dalam Quiz-quiz ataupun tugasan yang diberikan oleh pensyarah kerana benda yang ditanya adalah berkaitan dengan ilmu yang baru saja dipelajari, dan bukannya benda yang dah lapuk. :P

Jadi secara konklusinya, setelah 2 bulan pergi pejabat, cuba menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh majikan, saya dapati, minat saya terletak dalam bidang lain. Tapi siapa tahu, 4 bulan akan datang ini akan memberikan anjakan paradigma (saja nak pakai perkataan ini) kepada minat saya dalam selok-belok Sains Perkomputeran. Putus asa bukanlah satu pilihan, cuma kemalasan menjadi halangan

Saya akhiri dengan peribahasa yang telah lama ingin saya guna tetapi tidak kesampaian,

Hangat-hangat Tahi Ayam

1 comment:

  1. gambar lawa siot.

    seperti membaca cerpen. tahniah. nah 3bintang :P

    ReplyDelete